Shafiq Zubai:

Shafiq Zubai hanyalah seorang peminat fotografi yang berasal dari Negeri Johor, Malaysia. Mempunyai misi untuk meningkatkan kualiti fotografinya secara keseluruhan. Agar dapat merakamkan foto-foto yang dapat dikenang sebagai memori sepanjang hayat.

  • Eh, tidolah.. esok ade misi khas... nak jumpa misi!


  • Bersatu Bertambah Mutu | Persatuan Jurufoto dan Juruvideo Negeri Johor

    April 30th, 2012

    Kalau kita peratikan kat Jata Negara, slogannya “bersekutu bertambah mutu”. Tapi kat sini aku ubah sikit khas untuk entry berkenaan kejayaan penubuhan “Persatuan Jurufoto dan Juruvideo Negeri Johor” atau lebih di kenali dengan nama LENSA JOHOR.

    lensa johor

    Seperti tertera di atas, 16 April 2012 merupakan tarikh rasmi persatuan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang persatuan atau ingin menjadi ahli, bolehlah melawat laman blog sementara persatuan  http://lensajohor.blogspot.com/ atau FB page https://www.facebook.com/LensaJohor

    Semoga dengan adanya persatuan ini dapat meningkatkan lagi tahap profesionalisma di kalangan penggiat fotografi dan videografi di negeri Johor.

    Selamat Maju Jaya

     

    Best regards,
    Shafiq Mohd Kalid
    photographer / blogger
    +60127082814
    admin@zubaiphotography.net
    http://www.zubaiphotography.net

    Mencari Komposisi.. Susah Ke?..Der!

    March 24th, 2012

    photo outing

    Pada hari ini Lensa Johor telah berjaya mengumpulkan kira2 30 orang peminat fotografi negeri Johor khususnya Johor Bahru di dalam satu “mini photo outing” yang berlangsung di Taman Tasik Merdeka. Outing kali ini merupakan satu perkongsian ilmu mengenai komposisi. Di mana, peserta di beri penerangan ringkas mengenai teknik2 untuk mendapatkan komposisi menarik dalam penghasilan foto.

    Telah berlaku pertukaran idea dan pendapat dari penggiat fotografi samada lama atau yang beru menceburi bidang ini. Ia merupakan satu perkembangan baik dalam memajukan kebolehan masing2 dalam mencari komposisi. Antara mereka yang terlibat ialah saudara Yon, Akmal Mohamed, Ramlan A Rahman, Cikgu Arry serta beberapa orang lagi.

    Bagi mereka yang baru, pengenalan kepada “RO3″, pattern, line leading, colour, point of interest sangat berguna untuk dipraktikkan dan ia juga merupakan satu “refreshment” bagi mereka2 yang telah lama di dalam bidang ini.

    photo outing

    Taklimat ringkas oleh Yon, sebelum outing bermula.

    Sesi “koyak gambar” juga di jalankan di akhir program. Perserta akan memilih foto terbaik hasil bidikan mata masing2 untuk di mendapat ulasan penambahbaikkan. Komen2 hanyalah berlandaskan tema outing iaitu “mencari komposisi..susah ke?.. der!”

    rule of third

    Foto aku yang dihantar ke sesi "koyak gambar"

    rule of third

    teratai tasik merdeka..hehe

    Di harap, Lensa Johor akan meneruskan program2 seperti ini pada masa akan datang. Dan semoga Lensa Johor akan terus maju, InsyaAllah.

    Terima kasih.

    Best regards,
    Shafiq Mohd Kalid
    photographer / blogger
    +60127082814
    admin@zubaiphotography.net
    http://www.zubaiphotography.net

    4 Tips | Untuk mereka yang baru ingin menceburi bidang Fotografi Perkahwinan

    March 24th, 2012

     

     

    jurugambar perkahwinan johor

    Assalammualaikum,

    Nak jadi “wedding photographer”? Yes, aku sedikit sebanyak memang terlibat dalam fotografi perkahwinan walaupun secara sambilan. Dan sebenarnya sangat enjoy melakukan tugas ni disamping dapat menjana pendapatan yang agak lumayan. Ya betul! Memang lumayan kalau harganya lumayan :) . Tetapi ia bukanlah sesuatu kerja yang mudah, ia merupakan satu tugas yang sangat berat dan memenatkan. Ramai fotografer di luar sana yang tidak sanggup melakukannya atas alasan tersebut. Bukan kerana tidak pandai…

    Untuk sesiapa yang baru memasang niat untuk menceburi bidang ini, ada sedikit tips yang ingin aku kongsikan sebelum langkah dimulakan.

    1. Seorang fotografer perkahwinan perlu berusaha lebih keras untuk menjadi seorang yang mampu menjalin hubungan yang EXTRA baik dengan pengantin. Tidak keterlaluan jika aku katakan kemampuan untuk berkomunikasi adalah lebih penting dari kepandaian meng”edit” gambar. Mungkin anda seorang yang diri anda “the best technically-gifted photographic artist on the planet” tetapi jika pengantin merasakan anda sangat “menjengkelkan”—- anda GAGAL. This is people business NOT photography business. Anda mungkin seorang fotografer amatur tetapi mempunyai “people skill” yang tinggi, anda mungkin dapat memenuhkan jadual anda untuk 6 bulan akan datang berbanding seorang “Extraordinary talented photographer” yang tidak mempunyai “people skill” yg baik. If u are not “people person” – don’t go into wedding photography kecuali anda berusaha ke arah itu.
    2. Mempunyai perancangan, Plan A, back up Plan A (Plan B) dan seterusnya. Cari sedikit masa untuk rancang kerja anda. Jika anda tak pernah sampai ke destinasi penggambaran anda, cuba dapatkan informasi mengenai tempat tersebut. Cara yang paling baik ialah datang awal sehari dan “scout” tempat tersebut pada jam kira2 “time frame” majlis yang akan berlangsung esoknya. Cuba belajar mengenai budaya dan peraturan tempat tersebut, bukan ape… takut ade yang memandang serong jika tersilap percaturan. Pastikan peralatan berada dalam keadaan paling baik, sediakan peralatan simpanan atau jaminan dari rakan2 terdekat atau paling baik jika ada “back up photographer”. Bersedia, there is NO do-overs in wedding photography.
    3. Be In-Charge…satu pelajaran paling penting dalam fotografi perkahwinan dimana foto yang anda ambil menjadi “sampah”. Tidak kira disebabkan siapa foto anda tidak menjadi – You’ll be blamed!! Tak akan terdapat satu caption dalam gambar yang menyatakan “Foto ini akan dapat award winning kalau bridal sediakan spotlight yang terang”. Sebagai contoh, majlis perkahwinan di kampung2 yang tidak ada “wedding coordinator” atau “floor manager”, pengantin sangat berharap bahawa andalah yang dapat mengawal majlis mereka. Anda lah yang perlu memastikan pencahayaan cukup, meja potong kek tak senget dan sebagainya. Tak rugi pun kalau anda kerja lebih sikit untuk memastikan banyak perkara yang anda akan rakam berada dalam keadaan yang memuaskan. Mungkin ia bukan tugas anda, tetapi tak rugi pun. Kalau nak tau rugi ke tidak, cuba cakap depan pengantin “It’s not my job”….
    4. Sediakan surat perjanjian dan terangkan dengan jelas kepada pelanggan (bakal pengantin) supaya dapat mengatasi sebarang permasalahan yang mungkin timbul di kemudian hari.

    Terdapat banyak lagi tips2 yang berkaitan fotografi perkahwinan di luar sana. Ini hanyalah panduan untuk  aku sendiri yang dikutip dari pembacaan, pengalaman dan pendapat rakan2 yang lebih lama menceburi bidang ini.

    Fotografi perkahwinan sangat menyeronokkan dan dan memberi pulangan yang lumayan, tetapi ia juga boleh menjadi satu penyesalan jika anda silap percaturan.

    Good Luck & Happy Shooting

    Best regards,

    Shafiq Mohd Kalid
    photographer / blogger
    +60127082814
    admin@zubaiphotography.net
    http://www.zubaiphotography.net

    SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline